Friday, March 24

Hah, jatuh bergolek!

Selamat sejahtera buat kamu semua; penghuni sekalian alam. 


Berada dalam transisi seorang dewasa bukanlah perkara yang mudah. Sampai ke saat ini aku seolah-olah mencari sesuatu. Perihal sesuatu itu tidaklah aku ketahui sehingga kini. Umur-umur begini (20-an) seorang manusia itu seperti dalam pencarian. Secara saintifiknya lah. Pencarian 'true-self'' katanya.

Namun entri ini seperti entri apresiasi seperti selalunya memandangkan aku kira tiadalah sesiapa lagi yang mengikuti perkembangan blog ini seperti dahulu kala. Justeru, akan aku guna peluang ini untuk meluahkan secebis apresiasi yang sedang aku rasakan tatkala ini.

Aku syukur atas kurniaan Dia yang mengirimkan seorang sahabat seperti anda dalam hidup ini - yang sering ada tak kira masa sehingga boleh diibaratkan seperti ibu bapa kedua aku di sini. Sabar melayani setiap perilaku, perangai aneh, yang sentiasa 'rebel' dan lain-lain. Terima kasih atas segala peringatan dan daily rants hanya atas niat untuk aku ubah perangai yang sedia barai ini. -- To be a better me. :-)

Hah, terima kasihlah, Leha.

Terima kasih kalian.








No comments:

Post a Comment