Wednesday, September 21

First year & macai


Aku percaya -- untuk mendaki ke arah kejayaan, kau harus mula daripada level yang paling bawah sekali; agar engkau tahu segala pahit getir, penat lelah dalam meraih objektif program. Tidaklah salah lagi memalukan dalam menjadi seorang ahli bawah.

Mekanismenya mudah.

Bagaimana engkau mentakrifkan terma 'macai' itu sendiri. 

Andai engkau meletakkan terma itu sebagai ahli baru atau ahli bawah, Allah masih sayang akan engkau kerana hatimu sentiasa akan berhusnudzon dengan setiap perkara yang mendatang.

Jika sebaliknya, tepuk dada tanyalah selera. 

Aku juga percaya bahawa dengan bermula dari bawahlah akan membentuk siapa engkau andai sudah berada di peringkat atas sekali. 

Sentiasalah berhusnudzon nescaya tiada apa noda hitam yang mampu menukarkan niat baik anda. Hati lek, kerja menjadi mudah, tiada sebarang keluhan.

Ilmu 'soft skill' , pengalaman dan 'enjoy' yang engkau raih.

Bolehlah buat modal untuk naik ke peringkat yang lebih atas dengan harapan engkau mampu mengubah mereka-mereka yang kolot ni. Ew. 

Apa salahnya mengotorkan tangan sendiri supaya kita lebih dekat dengan masyarakat marhaen alaf ini? 

Pup settle! 


ps: masih dalam semester pertama ha ha ha dan masih bernyawa, syukur! 

1 comment:

  1. Aku percaya masyarakat kita boleh maju. Bangkitlah wahai bakal pemimpin ummah!

    ReplyDelete