Monday, June 13

It's okay. #mskp16

Marhaban ya Ramadhan.

Harapnya adik-adik seronok menjalani hidup sebagai pelajar PASUM1617 and trust me it'll be an unforgettable ride for one whole year - filled with its ups and downs, highs and lows. Yep, MSKP16 sudahpun melabuhkan tirainya dan rata-rata FP masih dalam fasa 'move on' yang amatlah sendu buat saat ini.

I do hope we, the FPs inspire you during MSKP. By the way, this is not a post regarding what you have to do to achieve CGPA of 4.0 throught your two semesters in PASUM; believe me, I'm not one of the lucky ones. For that kind of tips just ring FP Amir Rosyadie or other 'four flatter' FPs. (Yep, they are willing to share their tips with you and they don't bite, ahaks.)

Entri ini mungkin lebih kepada perkongsian. A reality check.

First of all, congratulations on achieving those A's in your recent SPM examination! Bukan mudah dan indah dalam meniti perjalanan dalam mengenggam keputusan yang sebegitu rupa. Seringkali ucaplah rasa syukur dan teruskan langkah dalam meraih 'your ultimate life goals' dan membahagiakan kedua orang tuamu. Tahniah juga kerana berjaya menempatkan diri di PASUM khususnya. Ibu bapa mana yang tak gembira hantar anak belajar di salah sebuah universiti premier di Malaysia - Universiti Malaya. Walaupun sekadar asasi, percayalah, nama Universiti Malaya itu sememangnya gah.

What if I could turn back time?

But I can't apparently and harapnya yang membaca ini tidak mengikut jejak yang sama. Ok. PASUM. Dekat sini, macam-macam jenis orang yang engkau akan jumpa - dari ulat-ulat buku yang hidup semata-mata belajar dan terus belajar dan ada yang jenis lepak, jarang nampak sentuh buku dan mengutamakan tidur dari segalanya. Lumrahnya, yang jenis lepak ni pun selalu juga tergolong dalam golongan empat rata berbanding dengan kita yang berhempas pulas siang dan malam revise sana sini to be at the top of the class. Things aren't the same anymore. Ye dulu mungkin engkau gondol segala anugerah berkaitan hal akademik - tetapi di PASUM engkau mungkin biasa-biasa sahaja.

Mekanisme survival dekat PASUM ni senang je. Jangan sesekali gabra, hilang pedoman sehinggakan apa yang engkau amalkan akan hilang dengan begitu sahaja. Pup. As simple as that. Aku mengaku, aku sendiri stress, sedih mengenangkan results yang agak jauh untuk cecah angka 4.0, terkenangkan muka kedua orang tuaku, ah macam-macamlah yang bermain di kepala sehinggakan you lose your magic. When you lose your magic, all hell broke loose.

And to my beloved juniors, aku harap engkau tidak meletakkan 4.0 itu sebagai prioriti utama apabila belajar. Tuhan tahu kita ikhlas atau tidak kejarkan ilmu dia yang luas itu. NIAT. Biarlah 4.0 itu sebagai matlamat yang harus kau capai. Kiranya, the ultimate goals gitu. Sekurang-kurangnya, engkau tidak sakit di kemudian hari. Percayalah, PASUM juga bakal menjadi medan turning point for some of you guys. I've always dreamt of being a successful orthopaedic specialist. However, fate says otherwise. Have a backup plan. Learn to let go. Access yourself and go for something that you really good at dan minat.

Kalau nak pursue medicine juga? - Go for it. Perseverance and a lot of hardwork.

Tapi-

Melakukan perkara demi orang lain, bukan kerana kerelaan sendiri; walaupun demi merealisasikan impian kedua orang tuamu, bukanlah pilihan yang bijak. Kebanyakan perkara dalam dunia ini berlaku dengan adanya toleransi. Berbincanglah dengan baik. Mereka cuma mahukan yang terbaik untuk permata mereka.


I just feel like I'm representing those who aren't lucky enough. Lol. At times rasa macam 'eh bodoh sangat ke aku ni' but then cuba fikir balik. Tak akan pernah jejak PASUM in the first place. Ha, one more thing, positive thinking helps! Surround yourself with positive crowd. Oh. Ni paling penting. Jangan sesekali dengki dengan kawan. Bila ada rasa dengki tu, cepat-cepat ignore, cepat-cepat istighfar. Jujur cakap, bila dengki, satu ilmu pun tak melekat. Daripada dengki go seek help from your friends on your weak subjects.

Peh, apa aku bebel doh. FP semua cakap benda sama kan?

All in all, be yourself, ucap rasa syukur selalu. Bila bersyukur, takkan rasa diri tu jahil sangat dalam menuntut ilmu lepastu self doubt diri kemain. You're special in your own way. It's ok not to achieve 4.0. (But if you wanna pursue meds, 4.0 is a must hew hew). Jangan pernah menyerah sebelum masuk bertarung. Dah berusaha, doa dan tawakal, engkau takkan pernah rugi.

Don't ever regret being in PASUM. As long as you have given your 100 percent and have fun.


May Allah ease!


Doakan FPs as we're about to embark upon a new journey!

2 comments:

  1. So i just thought of your blog all of a sudden and this post is fire babe. Mantap 🔥🔥🔥🔥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Zaidi :') Ada yang sudi berkunjung lagi

      Delete