Monday, April 25

confession #3

Tiada yang lebih membanggakan dan 'satisfying' melihat seseorang yang pernah engkau kenali suatu ketika dulu, hidup di dengan limpah kurnia-Nya. Alhamdullilah. Terpulanglah bagaimana yang membaca ini mahu intepretasikan kurnia Illahi itu - kerana Dia seringkali memberikannya dalam variasi bentuk.

Hi kawan.

Kelihatannya anda sedang mencuba dengan gigihnya untuk berlari dari aku. Aneh. Adakah itu suatu caramu dalam membina hidup yang baru? Barangkali. Aku cuma terlalu sayang akan tali silaturrahim yang wujud, biarpun engkau tidak mahu untuk dikaitkan langsung dengan makhluk bernama Amira ini.

Bagi aku, nikmat berkawan itu sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun emas, berlian sekalipun. Ah, kadang-kadang aku rasa aku ini seorang yang dungu dek sukar untuk melepaskan kenangan lama. Konon dah 'move on' tapi sebenarnya tidak. Kata oranglah.

Tapi persetankan semua tu sebab hati kau ialah kepunyaan kau, hanya engkau dan Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam sekeping hati itu. Bukan orang. Bagi aku, even if we had something in the past, things didn't turn out well, this is not the main reason to not be friends - despite the promises to remain as friends.

Maybe that's the way you've chosen to start anew and I'm practically fine with it.

Habluminannas

Mungkin itu yang aku risau. Kadang-kadang kita terlupa yang perjalanan ke destinasi terakhir kita berkait rapat dengan manusia. 

Harapnya engkau maafkan serba serbi kekhilafan, kekasaran bahasa dll dari diri yang tidak sempurna ini. 

Selamat maju jaya, rakan. Apa-apa roger. 




No comments:

Post a Comment