Tuesday, April 26

Blood, sweat, tears


Apabila engkau pernah merasai kenikmatan berorganisasi - walau dalam apa jua badan sekalipun, rasa gian itu pasti ada. Kau, dengan sendirinya akan mencari peluang demi meraih rasa nikmat itu sekali lagi. 

Memikul amanah sebagai Timbalan Pengerusi Akademik & Intelektual (ADIN) was really overwhelming at first. It demanded you to be an all rounder; academically and socially. I was never the brightest student in PASUM, yet the spot was mine. Diri yang sedia ada ini sudahpun cuak menerima tanggungjawab yang diberi dan digandingkan pula dengan seseorang yang memang layak memegang jawatan sebagai Pengerui ADIN, pergh - I was at a crossroad. I doubted myself. Luarnya nampak tenang dan sedia menggalas tugas tetapi di dalam hanya Tuhan sahaja yang tahu. 

The inner struggle.  

On the bright side, I did gain something in return; self- development - sebab aku percaya Tuhan itu selalu adil. Barangkali waktu di PASUM ini merupakan 'wake up call' kerana tidak selalunya kita berada di atas dan ilmu yang ada pada kita sekarang ni adalah kepunyaan Dia yang hakiki. Kadang-kadang kita lupa akan perihal itu. 

Bukan aku tidak mencuba. 

Statement yang ditaip di atas bukanlah sebuah statement untuk menyedapkan hati tetapi kau harus punyai sebuah prinsip untuk dipegang bukan? Bersangka baik dengan Pencipta itu merupakan perkara yang sangat dituntut. 

*********************************************

Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Ungku Aziz, Kolej 11, Uni Malaya 

  1. Permulaan kita, aku rasa sudah banyak kali dibicarakan oleh kita sendiri dan aku rasa biarlah proses pemilihan ahli jawatankuasa itu sendiri kekal di antara kita sahaja. 
  2. 25 orang, 25 kepala. SubhanAllah. Aku bersyukur dalam perjalanan kita hingga ke garisan penamat tiada yang rebah ke tanah atau bertelagah bagaikan perang dunia. 
  3. Persepsi orang - Tiadalah mudah bagi seseorang itu dalam menyahut amanah sebagai seorang pemimpin. Orang di luar tiada mengerti dan sampai bila-bila kita tidak punya kuasa itu menghentikan golongan ini daripada terus bercakap. Walau apapun, aku percaya, despite all the harsh words, wild assumptions, everyone had tried their uppermost to carry out their duties. Yep, setiap daripada kita sebenarnya kuat. Without us noticing. Do have faith in yourself -  especially dalam dunia selepas asasi ini. 
  4. Moga ikatan yang sedia ada ini tidak lenyap dengan begitu sahaja. Setiap malam yang memerlukan kita bersengkang mata, mengorbankan waktu belajar dll itu aku percaya telah mengukuhkan lagi ikatan yang sedia terbina. Ye, walaupun nampak cliche naharom, those little things matter. Sejujurnya, aku terharu - while we're busy preparing for MANDETA- makan bersama, sampaikan tidur pun bergilir, tolong kejut sama-sama, semata-mata nak menyiapkan sesuatu kerja. 
  5. Biar orang tak faham apa yang kita lalui. Biar orang kata kita terlalu berpuak. Biarkan orang berkata- because they know nothing.
  6. Andai results dibandingkan, biarkan. Rezeki Allah itu di mana-mana. Walau jatuh sekarang, engkau punyai masa itu bangkit semula. Tiada sesiapa yang rugi andai engkau mahu bangkit semula. 
  7. Moga perjalanan kalian dalam menuju kecemerlangan dipermudahkan. Keep inspiring others each and everyone of you. 


Salam MSKP16.


2 comments:

  1. Kalau duduk dekat univ belajar semata, nanti bila keluar ke laut jawapannya. Terlalu penting untuk keterlibatan kita dalam semua benda kan? Maka bon courage sis!


    Perjalanan jauh lagi. Ya benarlah Allah Maha Mengetahui. Kita merancang dengan cita tetapi Dia itu turut merancang dengan Cinta.

    Dan oh ya ini dunia takkan pernah semua orang nak faham lalu abaikan sahaja hanya berusaha menjadi best version untuk diri kita dan orang orang yang kisah.

    Untuk post yang lepas, makin meningkat dewasa makin kita sedar manusia akan datng dan pergi yang akan tinggal tetap hanya yg benar benar sahaja. Tidak apa apa bukan?

    Kbai. Eh rajin update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, tidak mengapa. People do come and go - perpisahan itu suatu yang pasti. As long as you don't lose yourself ha gitew.

      Rajin itu datang dan pergi juga hehehe bai!

      Delete