Friday, April 3

Pemburuan berhemah

Have you ever feel like blogging but you don't really know what to rant in here? Lol. This is so random. Anyway, why don't I share with you all my experiences of being interviewed. Cewah. Manalah tahu entri ini boleh dijadikan rujukan masa hadapan oleh adik-adik lepasan SPM tahun hadapan or tahun-tahun berikutnya. Biarlah pisang itu berbuah sekali, ye tak? Hahaha. 

As I've mentioned in my previous post, I kinda doubted myself during my upper-form life. Lol. This is the time where I questioned whether should I be an orthopedist or a cardiothoracic specialist nor an engineer? Ha. Parah bukan? Ada cerita di sebalik kekusatan ini sebenarnya. Ok. Engkau rasa subjek biologi itu sebuah subjek yang begitu dekat dengan diri kau; rasa boleh bawa, and everytime exam, alhamdullilah. Cantiklah juga keputusannya. Namun, hidup bagaikan roda dan engkau terus jatuh tersungkur. Pada masa yang sama, subjek kau paling krik, paling nak hentak kepala seperti Fizik menunjukkan sebaliknya. Nah, this is the time when you really start to question yourself. "Betulkah pilihan cita-cita aku selama ini?" But hey, on the bright side, when this happened, you do work hard to really improve your marks and all. InsyaAllah, it will all pay off in the end. Allah itu sifatnya sentiasa adil. 

Makanya, dengan segala kekusutan yang timbul ini, aku mengambil keputusan untuk memburu mana-mana biasiswa yang menawarkan kedua-dua bidang ini. Perubatan dan kejuruteraan. Aku ini tidaklah sehebat pelajar lain tetapi aku percaya setiap orang itu hebat dalam caranya tersendiri, termasuk aku. And yes, prinsip aku tatkala dalam proses scholarships hunting ini ialah aku hanya akan memilih mana-mana yang menawarkan bidang pengajian yang benar diminati. Bukan main rembat sahaja setiap biasiswa yang ada di Malaysia ini. Kerana, hidup ini sifatnya mengejutkan; benda paling yang paling kurang digemari ini selalunya melekat. At the end of the day, peratus untuk menolak peluang yang telah diberi itu lebih tinggi. Secara tak langsung, kau dah ambil hak orang lain yang betul-betul menginginkannya. Tak ke zalim tu? Zzz. Tepuk dada, tanyalah selera. 

Anyhow, my scholarships hunting mission started off slow. Hahaha. I wasn't that student who's very up-to-date regarding this topic so bear with me ahaks.

1. Japanese Associate Degree Program, Selangkah ke Jepun

This was my very very very first big interview and guess what? Iv paling noob di dunia hahahaha. Di saat daku sedang enak menikmati pemandangan nan indah di Johor Darul Takzim, muncullah sebuah mesej berpuaka yang mengatakan aku terpilih untuk menjalani suatu sesi iv. Ha tak ke gila. I didn't know at that time that I need to photocopy and get everything certified whatsoever plus kena buat resume plus kena study a little bit about this program and so on. Luckily there was this senior of mine who told me all that. Alhamdullilah, I managed to get them done in time. I also wasn't that prepared when I went for this iv. I was so in my YOLO mode. So, during the iv, there was some briefing and it was a group interview! It was a group of three. My teammates back then was as YOLO as me hahaha so somehow it made the iv quite fun. We were laughing till the end. Oh and soalan yang diajukan adalah soalan cliche such as "Why engineering?" "Why Japan" and bla bla bla. Oklah, pendek kata, tiadalah rezeki aku dalam program ini kahkah. 

2. Educamp @ UTP (March intake) 

I must say this is one of the iv that I enjoyed so much because it wasn't as intense as the first one. Lol. And yes, they changed the format of the iv. Tiada lagi grouping ikut huruf dekat tag whatsoever, group presentation and all. All you need to do is:
  • Thinking Skill Assessment (TSA)
  • Cambridge Personal Styles Questionnaire (CPSQ)
  • Mini iv  
Usah khuatir ye. TSA dan CPSQ hanya perlu klik, klik dan klik sahaja. Semuanya hanya di hujung jari gitew. Bagi mini iv itu pula, selepas selesai TSA dan CPSQ, akan ada interviewer yang datang ke meja anda untuk sesi menemu ramah. Dekat atas meja juga, anda akan dibekalkan dengan borang penilaian for the mini iv. This is the reason why I think this iv was fun and very laid back. Tidak perlu cuak bagaikan menanti suntikan tatkala menunggu giliran untuk masuk ke bilik temuduga. Apa dia tanya, jawab sahaja dengan jujur.

Alhamdullilah, UTP offered me civil engineering but for some reasons I had to turn it down. So yeah, mungkin rezeki di UTP ini bukan pada March intake. Siapa yang tahu, bukan?

Till we meet again, ya. InsyaAllah


3. JPA-MARA

Tidaklah aku ingin berceloteh panjang lebar mengenai iv yang ini tapi apa aku dapat simpulkan ialah temuduga JPA-MARA ini benar-benar membuka mata dan menarik. Macam biasa, anda akan dibahagikan kepada dua kelompok. Satu dan dua. Dan dalam kelompok anda sendiri, anda akan dibahagikan lagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 7-8 orang. Masing-masing berlainan pilihan jurusan. Ini bukan debat ala parlimen ye tetapi sesi percambahan minda. Kiranya, group presentation. Apa yang menarik mengenai iv ini ialah, anda harus memakai tshirt putih dan berseluar sukan dan anda diberikan tag. Pendek kata, anda hanya akan diadili berdasarkan kematangan hujah dan perwatakan anda sahaja. 

Mempunyai dua sesi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Topik yang bakal dibincangkan adalah berbeza mengikut hari, jadi usahlah anda spot topik yang akan diberikan. Confirm tak kena. Hahaha. Pada hari keramat tersebut, topik yang diberikan adalah berkenaan pertanian/agriculture. Jeng jeng jeng. 



Lagi sekali usah risau. Berkerjasamalah sesama ahli kumpulan, bantu sesama sendiri, insyaAllah, Dia permudahkan. Kalau JPA-MARA ni, tak boleh senyap sangat. Confirm akan selalu kena aim by the interviewers. Mereka sangat adil ya. Semua dapat peluang untuk bercakap. Yay! Apa yang ditanya oleh mereka? Mungkin akan dikongsikan di lain entri ahaks.

Jadi sebagai kesimpulan:

  • Semasa zaman goyang kaki lepas SPM, teruslah buat photocopy docs penting dan sijil sijil koko berset-set and get em certified! Nak naik turun sekolah banyak kali ke nak pergi settlekan semua sekaligus? Lol
  • Start working on your resume! Additional value beb.
  • Sediakan dua files. Clear folder (for your resume and original certificates etc) and any big file to put your photocopied docs. 
  • Please please please Google a bit regarding the scholarships that you've applied. At least adalah knowledge tu. Blogwalking is the best way.
  • Isu-isu semasa
  • Dah kusut sangat ke cuak ke tak tenang ke, dekatkanlah diri dengan Pencipta. InsyaAllah, segala urusan Dia permudahkan. Bersangka baiklah dengan Dia.
  • Sifat YOLO & JUJUR tu mesti ada. 
  • Dah ada semua usaha tu, bergantunglah pada Allah. Tawakal beb. 

Fuh. Harapnya entri ini dapatlah membantu pemuda pemudi harapan bangsa akan datang. 

Ps: Kalau tiada rezeki pada mana-mana biasiswa, it's not the end of the world kan? Think positive and move on! Banyak lagi peluang yang ada. Plus, bukan lepasan SPM sahaja yang boleh apply biasiswa. Ahaks.

May peace be upon you.

No comments:

Post a Comment