Friday, December 19

Hati

Apakah aku ini masih mentah bila berbicara tentang soal hati? Apakah aku ini masih dianggap hingusan bila menyentuh mengenai soal perasaan dan kasih sayang? Ok. Mari kita permudahkan. A kata cinta itu perlu dicari dan perlu diusahakan. B kata we'll take things slowly and just go with the flow. Jodoh, ajal, semuanya sudah ditentukan. Apa perlu dirisaukan?

Hm.

Dalam mencari teman hidup itu sendiri, rata-rata haruslah sepadan. Hal ini sememangnya sudah terang lagi bersuluh. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak tiada seratus peratus yang sepadan. Mungkin si dia handal dalam perkara ini dan mungkin si dia pula handal dalam perkara itu. Segala kekurangan yang ada pada diri bakal diselindung oleh teman hidup kita yang satu itu. Tuhan itu menarik dalam mengatur setiap satu dalam dunia ini; aku teringat kata guru aku dahulu. "Dalam dunia ni semua diciptakan berpasangan dan pasangannya mestilah opposite daripada pasangannya. Magnet akan tertarik pada satu sama lain apabila kutub utara dan kutub selatan bertemu. Dan sebaliknya seandainya dua kutub yang sama bertemu. Begitu juga dengan manusia; lelaki fitrahnya akan tertarik sama wanita.

Apa yang boleh kita simpulkan ialah, dalam hal ini tiada salahnya dalam mencari teman hidup yang sepadan. Fitrah manusia sendiri yang mahu compatible baginya. Yelah, teman hidup ialah orang yang engkau akan bersama menjalani hidup sehingga ke Jannah bak kata orang masa kini. Cuma. Cuma. Cuma. Cuma.

It's just not right bila alasan 'mencari yang sepadan' digunapakai when it comes to being in a relationship.

Oklah macamni. Kau rasa A ni the 'one'. As time goes by it got bored and you ended up the relationship. Later on youre with someone else. Atas alasan yang sama.(OMG WHAT?)

Thats my point of view.
Being a relationship is like the most sacred thing on Earth.

Mungkin pandangan ini nampak kuno bagi sesetengah. Tidak mengapa. Ini cuma my p.o.v. You have yours. It's okay. Ini Malaysia bukan, masih mengamalkan freedom of speech. :)

Hm mungkin aku masih mentah.
Atau konservatif.

Entahlah. Rasa tak molek kalau silih berganti the 'one' nya kerana rasa tidak sepadan dengan tuan punya kehendak.

Kita ada ritual lama oldskool ni. Become friends first then pluck up your courage if you really think he/she is the 'one'.

Bunga bukan sekuntum dan
kumbang bukan seekor.

Anyway, thank you Mr. H for giving me some things to contemplate. I like your love philosophy though. :)




Ps; "Love is like reading good books. Good books make you curious."

Pps: Cukup curious ke kita dengan Sang Pencipta?


No comments:

Post a Comment