Thursday, November 27

Syukur!

Aha. Sijil Pelajaran Malaysia sudah sampai ke penghujungnya. Sudah tiba masanya untuk aku mula merancang demi masa hadapan. Sungguh, berat rasanya tatkala mengetahui tiada lagi hidup sebagai seorang pelajar yang terikat dibawah undang-undang sekolah.

Benar, mudah hidup sebagai seorang pelajar sekolah ini.

Tidaklah Tuhan cipta sesuatu yang tiada perkembangannya bukan?

Jadi, aku perlu bangkit;
dan mula berfikir seperti seorang dewasa.
Mengorak langkah seperti seorang dewasa.
Hidup dengan penuh bertamadun,
Lagi integriti.

Atau...mula merajinkan diri mengemaskini sebuah laman sesawang yang kerapkali menjadi tempat meluahkan perasaan. (Harhar)

Hm.

Bismillahirahmanirrahim. Ayuh mula merancang!

No comments:

Post a Comment