Saturday, November 15

Geleng kepala

Barangkali entri kali ini ditulis dengan rasa amarah yang masih bersarang di hati. Mudah mudahan rasa yang diterbitkan oleh syaitan ini reda tatkala entri ini habis ditaip. 

Benar, amarah ini patut dihindari walau apa cara sekalipun. 

Islam sendiri mengharuskan jual beli. Islam juga terkenal dengan sifat mahmudahnya. Apa yang aku benar-benar ralat ialah terdapat segelintir penjual yang seolah-olah yang telah mencacatkan senario jual beli ini. 

Alkisahnya, keinginan di hati ingin mencari kismis dan produk dari Arab maka, diri dibawa ke sebuah kedai yang menjual barangan daripada Mesir, sekitar Senawang. Entah mengapa kehadiran kami disambut dengan hambar sekali. Kelihatan makcik itu sedang leka mengira duit. Barangkali tak perasaan. Tak mengapalah. Lama juga menunggu makcik tersebut menyelesaikan kerjanya pada ketika itu. Banyak hasilnya pada hari ini, mungkin. Takpa, bersangka baik itu kan dituntut. 

Dan proses jual beli pun bermula. Sudah tertulis, ketika aku ingin mengambil Barbican yang sudah dipack kepada 6 botol, dua daripada botol itu jatuh terhempas ke bumi. Hm. Apa nak buat. Benda nak jadi ye tak. 

Lagi sekali, rasa ralat tahap gaban mula menjengah. Tidaklah nak kata a customer is always right. Dalam hal ini ternyata aku salah. Cemerkap. Walau bagaimanapun, amatlah tak seronok apabila makcik tersebut mula melontarkan kata kata yang tidak enak didengari. 

Kalau dilihat semula, amatlah tidak logik kalau botol yang telah dipack akan jatuh ketika diangkat melainkan pemegangnya terkoyak atau sebagainya. (Yep, packaging dia koyak)

Hm tak mengapa masih salah aku. 

Sedang makcik itu mengemas mulalah mulutnya berbicara. Hm. Tak apa. Pangkatnya lebih tua dari aku. Lagipun, berbayar air botol Barbican yang pecah berderai itu. 

Apa yang menjadi persoalan bagi aku ialah, bukankah dia sedang bekerja di kedai tersebut? Dan pekerjaannya merangkumi semua aspek. Dari menjaga kedai, kewangan, dan kebersihan semuanya terletak di bahunya. Mengapa perlu bersikap sedemikian rupa? 

Adoi.
Geleng kepala habis. 

Sebab itulah kata kata "tulah Melayu. Bila nak maju?" masih lagi berkumandang. 

Takpalah. Tetap lagi salah aku kerana mengotorkan tempat perniagaannya. 

Mudah mudahan sifat sabar dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, Allah beri. 

InsyaAllah. :)

 

No comments:

Post a Comment