Wednesday, May 30

Aku cinta durian


Orang kata One Direction hebat,
tapi aku kata P. Ramlee lagi hebat.
Orang kata Fizik, Kimia, Add Maths susah,
tapi aku kata itu semua itu seperti menggoreng kacang.
Orang kata minyak wangi beratus hengget harum,
tapi aku kata bau durian lagi menusuk ke dalam sanubariku ini.

Aku tak butuh iklan di You Tube,
aku hanya perlukan gambaran yang menarik untuk tatapan korneaku sahaja.

Aku mahu berkarya,
idea, mohon dipenuhkan segenap lubang dalam mindaku ini.
Jangan tinggalkan daku,
tinggallah kau secara kekal,
sepertimana Dia utuskan Siti Hawa untuk Adam. 



ps:  I want my full-of-amazing-thoughts cerebrum back Hmm. 
pps: Nyeh. This post is a total fiasco


2 comments:

  1. Orang kata durian itu sedap,
    Aku kata durian itu busuk.
    Orang kata ujian itu menyeksakan,
    Aku kata ujian itu tanda pengorbanan.

    Aku tak perlukan iklan di you tube,
    Tapi aku perlukan ketenangan di sana.

    Aku tak tahu berkarya,
    Tapi setiap insan dilahirkan seni.
    Tiada manusia akan kekal selama,
    Kerana pada Allah jua dia kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True that. Hey, it's been a while :)

      Delete