Saturday, April 16

Kebersihan dituntut agama

Assalamualaikum w.b.t *tak jawab dosa


Sebelum memulakan cerita dengan panjang lebar, saya ingin memohon maaf kerana tidak mengemaskinikan blog dalam satu jangka masa yang agak lama. Okay. Aku tahu BM aku teruk. Nak buat macam mana? Baca je lah :)

Balik kepada topik pada harini. Mesti korang pelik apasal aku tiba-tiba jadi ustazah malam ni? Hell no. Opps. Over pulak. Takdalah sampai ustazah. Ini perkara biasalah kan? Kebersihan memang dituntut oleh agama. Kenapa aku tiba-tiba meroyan nak cerita pasal cleanliness?

Macam ni cerita dia ;  


Pernah tak terfikir macam mana mamak(s) tu buat roti canai? Pernah kan? Aku start fikir macamtu bila aku nampak mamak ni baru keluar from toilet, then dia kesat tangan dia dekat apron yang ada kesan gris apa ntah, hitam je aku tengok. Tengok-tengok dia tengah sedap uli tepung untuk roti canai. Ya Allah. Patutlah semua orang makan dengan seleranya. Licin pinggan. Rupa-rupanya ada penambah perisa. Tak lupa jugak, peluh-peluh yang jatuh dalam adunan roti canai tu. Fuyooo! Sedap sehingga menjilat hidung. 

Tapikan, kebanyakkan pekerja dekat kedai mamak dah pandai jaga kebersihan kan? Tak tahu lah ada ramai lagi yang tak ambil kisah pasal kebersihan. So, yeah. Kalau uolss nak makan roti canai, fikir masak-masak. Ala, tak mati pun kalau tak makan roti canai sehari deh. Kalau kempunan sangat, beli yang frozen punya, masak je kat rumah. Kan senang. Sedap dan dijamin bersih. Tapi tak rasa lah aura roti canai macam dekat kedai mamak punya. 

Kalau pekerja dia baca post ni, mesti bengang gila. Post ini bukan nak memboikot kedai mamak ke apa sebaliknya nak menyedarkan masyarakat yang suka sangat makan dekat kedai mamak supaya muhasabah diri sikit. Bersih ke tak kedai mamak yang uolss selalu pergi tu. Tahap kebersihan dekat gred yang mana? A? B? C? D? Renung-renungkan :)

Merayau dekat google. Jumpa benda alah ni. Nak tahu? Klik sini

Till then. Tartar













No comments:

Post a Comment