Wednesday, May 24

Jatuh

Terhenti, nafasku berlari. Dibelai lembut, seindah mimpi.
Berlagu berbisik hatimu, semulajadinya - Aku jatuh. 



I am excited to embark on this roller-coaster journey, hand-in-hand; with you
2.51am, May 24th 

Monday, April 3

Skema jawapan

Salam sejahtera buat kalian.

Alhamdullilah -- Kembara Inspirasi, sebuah projek di bawah Kelab Kinaschool, Kolej Kediaman Kinabalu (8th RC) telahpun tamat dengan jayanya tempoh hari. Targeted audiens kami ialah adik-adik sekolah menengah yang umurnya rata rata 15 - 17 tahun. Melalui program ini jualah aku diberi peluang untuk menjadi seorang fasilitator yang sebenar benarnya. Dilatihnya diri ini daripada perkara asas sehinggalah diisikan dengan pelbagai jenis modul.

Sungguh, diri ini bersyukur dengan peluang yang diberikan. Sesungguhnya, seorang fasilitator itu hanyalah untuk 'assist' targeted audiens mereka agar objektif sesuatu aktiviti itu tercapai.

Sedang sesi diskusi bersama 12 orang pelajar tatkala mengendalikan sebuah aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK), aku mula memuntahkan soalan kebiasaan seperti "Apa pandangan adik mengenai aktiviti tadi?",  "Kenapa kita buat aktiviti tadi?", "Apa yang adik rasa ketika kita lakukan aktiviti tadi?" dan bermacam-macam lagi soalan dengan satu tujuan yang hakiki. Akak cuma nak engkorang bercakap. To speak up. To make yall to think outside the box. Ha gicu.

Rata-rata jawapan yang aku terima sangatlah seperti dalam skema jawapan kertas Bahasa Melayu penulisan and it hit me. I was there too, at this 'skema' phase. Lol.

"Untuk memupuk perpaduan"
"Untuk mengeratkan silaturrahim"
"Nak pupuk kerjasama"

Sesungguhnya, sungguh murni hati kalian. Sayang sekali, dengan sistem pembelajaran yang sedia ada ini, rata pelajar mementingkan jawapan yang diberikan itu ialah jawapan yang betul. - Sedangkan jawapan kepada soalan berbentuk pendapat tiada yang benar mahupun salah; asalkan justifikasi yang diberikan itu kukuh. 

Makanya, adik-adik sekalian, do speak up! Berbekalkan ilmu yang ada, go nyah mak sapot!

Lainlah soalan itu mengenai fakta yang sifatnya begitu konkrit. Ni engko tak boleh nak gaduh lah dik oi! 

Ha sebelum engkorang kecam, entri ini sekadar luahan pendapat 4.00 pagi. Mohon ampun atas segala ketidaksahihan fakta. (If any). Aku kepilkan zaman skema aku bersama entri kali ini. Silalah klik link ini dan bergelak ketawa berjemaah -- http://bawanggolek.blogspot.my/2011/03/saya-bangga-menjadi-rakyat-malaysia.html

Ps: I had massive amount of fun with Team Kurshiah. Fly high, everyone :-)




Friday, March 24

Hah, jatuh bergolek!

Selamat sejahtera buat kamu semua; penghuni sekalian alam. 


Berada dalam transisi seorang dewasa bukanlah perkara yang mudah. Sampai ke saat ini aku seolah-olah mencari sesuatu. Perihal sesuatu itu tidaklah aku ketahui sehingga kini. Umur-umur begini (20-an) seorang manusia itu seperti dalam pencarian. Secara saintifiknya lah. Pencarian 'true-self'' katanya.

Namun entri ini seperti entri apresiasi seperti selalunya memandangkan aku kira tiadalah sesiapa lagi yang mengikuti perkembangan blog ini seperti dahulu kala. Justeru, akan aku guna peluang ini untuk meluahkan secebis apresiasi yang sedang aku rasakan tatkala ini.

Aku syukur atas kurniaan Dia yang mengirimkan seorang sahabat seperti anda dalam hidup ini - yang sering ada tak kira masa sehingga boleh diibaratkan seperti ibu bapa kedua aku di sini. Sabar melayani setiap perilaku, perangai aneh, yang sentiasa 'rebel' dan lain-lain. Terima kasih atas segala peringatan dan daily rants hanya atas niat untuk aku ubah perangai yang sedia barai ini. -- To be a better me. :-)

Hah, terima kasihlah, Leha.

Terima kasih kalian.